- WACANA
PEJAMKAN MATAMU TEMAN
TENANGKAN SEKETIKA HATIMUDI KEJAUHAN INI BIAR KU TITIPKAN SEKUDUS NUKILAN DI BALIK HARAPAN BERLANDASKAN KETULUSANASINGKAN SEJENAK KERINDUANMU PADA YANG DICINTAILERAIKAN KETAKUTAN PADA KEGELAPAN DAN KESANGSIAN RESAH SEMALAMZAHIRKAN PENOLAKKAN ATAS SEBUAH CINTA YANG TELAH LEWAT PERGI MENJEMPUT TITIK AIRMATA YANG RAKUS BERTANDANG DI KELODAK JIWAKUTIP KEMBALI SEMANGATMU YANG TELAH LUNTUR DI BATAS KETERASINGAN INIDEWASANYA BERTAHUN SEHARUSNYA KAU TELAH KEBAL AKAN SECANGKIR KEKECEWAAN DAN KESILAPANLALI PADA DERITA YANG MELEMAHKAN JIWA TATKALA MENANAM AMARAH DAN MENEMPAH KESUMAT YANG MENGONCANG PAKSI KEIMANANINGATLAH TEMANKEMANISAN MEMORI TIDAK AKAN HILANG SEKALIPUN CINTA ITU TELAH PUDAR DI BIBIR-BIBIR HARI MAHUPUN DI RENTAS WAKTU-WAKTU NAN KELABUKETABAHAN ITU JADIKAN MEDAN KEBERANIANMU
JANA KEKUATAN SEKALIPUN KAU BELUM MAMPU MENJAHIT KEPARAHAN LUKA YANG BERNANAH DI PERDU HATI
KELUARLAH DARI PERSEMBUNYIAN DALAM DUNIA KELAM YANG TIDAK PERNAH MENJANJIKAN SEJUTA KETENANGAN LANTAS MENGUSUNG MINDA YANG TIDAK TERKAWAL
CARILAH DIRIMU DI SETIAP PENJURU DUNIA YANG PASTINYA MENGHULURKAN SERIBU SENYUMAN DAN UJIAN UNTUK BELAJAR DARI SEBUAH KEALPAAN
SIMPUL KEYAKINAN, ANYAM KETELUSAN DAN SULAM KUNTUM HARAPAN BERLAKARKAN KEINDAHAN TAKWA NAN TEGUH
SUATU HARI NANTI KHABARKAN PADA KU BAHAWA DUKA SEMALAMMU TELAH SEMBUH DEK USAI WAKTU YANG MENCANTIKKAN JEJAKMU
NYATAKAN WAHAI JEJAKAKU KAU TELAH MENEMUI TAMAN SYURGAWI YANG MENJANJIKAN SEBUAH KEBAHAGIAAN YANG HAKIKIJANJIKAN PADA KU TEMAN BAHAWA KAU AKAN BEBAS DARI PENJARA BELANTARA YANG KIAN LAMA MENUTUP CAHAYA KOTA RAHSIA HIDUPMUPASTINYA AKU AKAN BAHAGIA MENYAMBUT KEPULANGAN SEORANG WIRA YANG BAKAL MENYALAKAN LILIN KESEMPURNAAN PADA MALAM GELITA YANG TERSISA DARI SEDIKIT USIA
ANDAINYA HADIR BINTANG PELENGKAP RUSUKMU, PASTI AKAN MENYERLAH MALAM INDAHMU, DARAH GHAIRAHMU AKAN BERKAT DI BAWAH ARASHY ALLAHBUKA KEMBALI MATAMU SAYANG.... TEMAN MU INI SENTIASA MENANTI WAKTU ITU DALAM DOA TULUS YANG TIADAKAN PUTUS...
11 MAR 2009
Ahad, 14 Januari 2018
WACANA
BerKataKu ~ KuBerkata
BerKataKu ~ KuBerkata
- ~> "Sukarnya menafsir takdir...Merenung hakikat dibelukar makrifat...Menatap nur di dalam nur...Debu mencemar hati membatasi emosi...Terjihab kejab" <~> "Cintailah seseorang itu atas dasar siapa diasekarang ini...bukan atas dasar siapa dia sebelumnya...Kisah silamtidak perlu di ungkit lagi sekiranya kamu benar2 menyintainya...menyayanginya....mengasihinya....setulus hatimu" <~> "Ingin ku rantaimerpati rindu...biap asap gahara dihembus bayu...aku tetap disitu menantimu...kembali ke sisi ku selamanya" <~
- 11 Mar 2009
Langgan:
Catatan (Atom)