Selasa, 27 Februari 2018

Ilham Pujangga

ilham Pujangga


  • May 3, 2009

      Ilham Pujangga

      Ilham dari pujangga
      Berdiam diri bukan ertinya kau kalah
      Biar cercaan sekali datang menimpa
      Sudahlah memang adat di dunia
      Bersuaralah kamu pada perkara berguna
      Itulah sifat orang bijaksana
      ...ia anak muda itu tiada mati kerana tergelincir kakinya
      tetapi matinya anak muda itu kerana tergelincir lidahnya
      berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
      bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan...

      Berikanlah tenaga
      Untuk nusa dan negara
      Ini zaman kemajuan
      Jangan kita ketinggalan

      Kasih sesama manusia
      Seperti anda sayangkan diri anda
      Pandang yang satu kepada yang ramai
      Pandang yang ramai kepada yang satu
      ...usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu
      tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara
      berjasalah kamu untuk keharmonian negara...
      ...kau katakan pada aku senantiasa
      apakah pendapat kau atas kewajiban rakan-rakan seperjuangan kita...

      ...pembela, harapan dan tiang segala bangsa dan negara...
      ...bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajiban ini...
      ...kau mempunyai akal bukan, tepuklah dada tanya selera...
      Sungguhkanlah hati mu
      Pertahankan kumpulanmu
      Jauhkanlah diri mu
      Dari perkara yang merugi...

      Maaf rakan-rakan seperjuangan
      Ku susun jari sepuluh
      Aku bukanlah seorang pujangga
      Hanya seorang Pewaris Sasterwan yang diiktiraf disebuah negeri....
      Aku hanya mewarisi apa yang dimilikinya yang telah tiada kini..
      Yang hanya kini tinggal Kenangan selama-lamanya buat Daku.

      --

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan