- May 3, 2009Ilham Pujangga
Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana
...ia anak muda itu tiada mati kerana tergelincir kakinya
tetapi matinya anak muda itu kerana tergelincir lidahnya
berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan...
Berikanlah tenaga
Untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan
Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai
Pandang yang ramai kepada yang satu
...usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu
tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara
berjasalah kamu untuk keharmonian negara...
...kau katakan pada aku senantiasaapakah pendapat kau atas kewajiban rakan-rakan seperjuangan kita...
...pembela, harapan dan tiang segala bangsa dan negara...
...bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajiban ini...
...kau mempunyai akal bukan, tepuklah dada tanya selera...Sungguhkanlah hati mu
Pertahankan kumpulanmu
Jauhkanlah diri mu
Dari perkara yang merugi...
Maaf rakan-rakan seperjuanganKu susun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang Pewaris Sasterwan yang diiktiraf disebuah negeri....Aku hanya mewarisi apa yang dimilikinya yang telah tiada kini..Yang hanya kini tinggal Kenangan selama-lamanya buat Daku.
--
Selasa, 27 Februari 2018
Ilham Pujangga
ilham Pujangga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan