Tuhanku,
aku terlalu lelah
menghampakan keinginan
dan takdirku,
benarkah aku ditentukan begini
dengan kebijaksanan
akalkah yang memandu hidup
atau keinginanku
yang tidak berhujung
baik itu dari-Mu
buruk itu kerana aku.
Tuhanku,
aku mohon
rahmat rahim-Mu
Bagai ghairah qais pada malam
memeluk cinta-Mu
di sejadah tanpa hijab
bagai uwais
dikenal di langit
Tuhanku,
aku mohon cinta-Mu
13 Mac 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan