Kemilau Cahaya yang bersamar
dalam teratak ini adalah warisan
adalah milik pelita lampau
membening di kala zulmat malam
membungkus kesunyian.
Sebuah pelita meliuk lentok
membakar sejarah lama
sumbunya ditarik panjang
minyaknya dibumbui penuh
biar ia menyala saban hari.
Jenuh diri ini mengepung jelaganya
penat lelah diri ini mengampu angin
dari menjilat hayatnya
kerana diri ini anak teratak warisan
masih perlukan sebuah pelita lampau
menerangi jiwa membakar semangat
bahawasnya di tanah tumpahan ini darah
seribu kali terangnya cahaya lampu
tidakkan sama dengan sebuah pelita lampau
yang tetap tersemat di nubari.
13 Mac 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan