Beginilah aku...
jika kita mahu berkawan
aku tidak sehebat mana
aku tidak mampu memberimu bulan
atau bintang
aku tidak mampu memberimu mimpi gembira
aku tidak mampu menjadi mereka
aku tidak mampu bermanis kata-kata
kerana aku hanya satu
beginilah aku
jika kita mahu berkawan
bukan perlu kita bergelak saja
bukan perlu kita berenang atau terbang merata
bukan kita harus mengilat gangsa
sedang kau menangis aku juga terasa
kerana aku hanya satu
beginilah aku
jika kita mahu berkawan
saling menerima seadanya
saling mendengar
saling bercerita
saling mengadu
saling meratap
saling menghiba
saling setia
jika lain yang kau mahu
tidak perlulah kau temui aku
kerana aku hanya satu
beginilah aku
3 Julai 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan