Jumaat, 19 Februari 2016

Satu Hari tu

Satu hari tu..

*kita sayang dia setulus hati*
*apa dia request*
*seboleh-boleh kita nak bagi*
*dia kat bulan pun kita rase nak pegi*


*satu hari itu
*dia kasik tau dia pon sayang kita jugak*
*kita rase hari2 dilalui sungguh bahagia*
*penuh gurau tawa dan gelak*


*satu hari tu *
*kita tiba-tiba sedih*
*walau senyum walau ketawa pun hati tetap pedih*
*bila kita dapat tau dia sebenarnya ada kekasih*

*kenapa satu hari ini dan satu hari yg esoknya mesti lain?*
*dan satu hari tu, dia pun explain*


*satu hari ini hati kita kata "aku sukakannya"*
*satu hari itu hati kita kata "aku cinta dan sayang padanya"*
*satu hari nanti hati kita kata "aku ingin hidup bersamanya"*

*tapi sebenarnya kita semua sedar tak semua impian jadik nyata*


*satu hari ini panjatkan la syukur*
*kita masih bersama org2 yg kita sayang*
*sebab satu hari nanti *

*kita mungkin tidak dapat bersama2 dgn nya lagi*

Amai
8  Okt  2007

Tiada ulasan:

Catat Ulasan