- May 25, 2007Duduk dan bersamaku di sini
 di mana kedamaian jiwa hadir menyelubungi kita
 mendendangkan suara hati
 indah dalam pandangan
 tak kusut dipegang namun lembut di pendengaran
 Mewarnai perjumpaan hidup menyatukan jiwa
 satu dalam kuasaNya
 tak henti berdoa
 menyusul sukma yang terbawa lebih dahulu ke sana
 hadir...sujud...padaNya
 Aku sering berkata
 untuk menyorakkan sukaku
 syukurku dan tawamu
 di mana keranaNya kita ada dan bersatu
 kerana tak akan terjadi
 bila Tuhan tak berkehendak
 Aku ingin mendengar
 rasamu dan tangismu
 dengan itu tawamu dan bahagiamu
 ada bersamaku
 Dan itu adalah kenyataan
 yang tidak menjadi mungkir dalam hidup
 Tik tik tik
 Sedetik-detik yang bererti...Amai27 May 200
Isnin, 8 Februari 2016
Sedetik Yang Bererti
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan