Isnin, 29 Jun 2015

Malam dan Aiir Mata


Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi
Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi
Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini
Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi 

Dsj Jun 1 2011
-- 

Tulisan Ku

 Siapa saja yang membaca tulisanku,.,.
janganlah abaikan
walau tak sehebat tulisan Pak Sako ataupun tak seindah syair Pak A.Samad Said, tapi semangat juang hidup ku yangt akan ku samakan dengan hidup sang Pak A.Samad Said
hidup itu memang tidak seperti umur Pak A.Samad Said dan hidup itu menakutkan seperti hidupnya Pak Sako
tapi ilmu dan tulisanku kan tetap hidup dan akan indah jikalau kau membaca tulisanku
kerna hanya dengan tulisan aku dapat berkarya walaupun adakalanya karya yang ku nukilkan tiada bermaksud apa-apa akan tetapi aku tetap akan berkarya sebagai Pewaris yang ditinggalkan oleh Ibunda ku yang amat ku kasihi dan sayangi walaupun beliau telah meninggalkan ku buat selama-lamanya mengadap Yang Maha Esa.."Al-Fatihah" buat Mama.

Tinta Amai
Jun 5, 2011

Ahad, 28 Jun 2015

** Si Bijak**


** Si Bijak**

Dunia tak lagi melalang Kisah Si bijak.
Mata mereka Tertiup aroma hasrat Kemunafikan.
Hanya Hati Yang di dalamnya menyimpan secercah kelembutan kasih sayang dan kejujuran yg mampu meraba dalamnya plot kata dari yang tersembunyi dalam kata.

Ia terkadang Menjadi pantulan di kala hati mereka rapuh, namun kata2 nya hanya jadi angin sepoi kala hari mereka dilanda sukacita.

Hidup nya penuh dengan hasrat2 membara, namun setitik pun tak pernah mereka goreskan tinta itu.

Hanya Mereka Yang dapat merasakan Dan Mengerti Seperti Apa Kesedihan yang Mendalam, Serta kebahagian yang sejati.

Kata2 mereka yang selalu menempatkan mereka dalam Sisi yang tak pernah mereka harapkan sebenarnya.
kerna kata yang membuat mereka mengerti kehidupan mereka.


** Selagi Itu**

Selagi itu kau senyum sendiri
selagi itu kau berkerut dahi
selagi itu jiwa kau merintis
selagi itu otak kau terganggu
mengurut misai dan janggut
berat mata memandang
rasa ada yang tak lengkap
rasa ada tak sempurna
rasa yang dicari tak jumpa
bibir bagaikan berbisik sesuatu
jari bagaikan melakar sesuatu
mata bagikan tercari sesuatu
fikiran entah kemana
selagi itu
puisi yang tersembunyi
seorang penyair bagaikan berduka
bagaikan bertapa dikota sunyi
bagaikan hilang dirimba berduri
luahkanlah segala
luahkanlah segala
apa yang difikir semua
berupa kiasan kalimat
bagaikan emas permata
tersimpan dalam peti harta
tersembunyi didalam bumi
alih dari pandangan mata

TINTA AMAI

MEI 13, 2911

** ANTARA LIDAH DENGAN MATA PENA INI**

** ANTARA LIDAH DENGAN MATA PENA INI**

Antara lidah ini
dengan mata pena ini
aku luahkan apa yang nak dinyata
puisi terus dari mulut penyair
tertulis dengan mata pena ini
apa yang lidah ini berbahasa
aku kan tintakan dia dengan mata pena ini

Antara lidah ini
dengan mata pena ini
sama saja tajamnya
sama saja lembutnya
puisi dikaluti perasaan ini
puisi bersimpul dihujung dakwat ini
diminda dan dikanta mata penyair
tersimpan alumi khazanah puisi
dengan lidah dan mata pena ini
tersurat luahan hati

TINTA AMAI

mEI 13, 2011

**Epilog Rindu Kepada Teman Penyairku**



**Epilog Rindu Kepada Teman Penyairku**

Epilog rindu kepada teman penyairku
(kpd semua penyair yg mengenaliku)

Kian jauh musim berlalu meninggalkan pelabuhan ingatan
kian merentang jarak jauh yang memisahkan kita
kian kelam suram talian rindu
kian padam ilham untuk memadu bicara
kerna musim silam telah jauh berlari
meninggalkan kita dan meninggalkanku
menjadi aku yang baru
kini kukembali memeta kata
demi rinduku pada puisi
demi kasihku pada alam kita

Tinta Amai


Mei 13, 2011

KAU PENYAIR SEPERTI KU


Dia adalah rantai penghubung
Antara dunia ini dan dunia akan datang
Kolam air manis buat jiwa-jiwa yang kehausan,

Dia adalah sebatang pohon tertanam
Di lembah sungai keindahan
Memikul bebuah ranum
Bagi hati lapar yang mencari.

Dia adalah seekor burung ‘nightingale’
Menyejukkan jiwa yang dalam kedukaan
Menaikkan semangat dengan alunan melodi indahnya

Dia adalah sepotong awan putih di langit cerah
Naik dan mengembang memenuhi angkasa.
Kemudian mencurahkan kurnianya di atas padang kehidupan. Membuka kelopak mereka bagi menerima cahaya.

Dia adalah malaikat diutus Yang Maha Kuasa mengajarkan Kalam Ilahi.
Seberkas cahaya gemilang tak kunjung padam.
Tak terliput gelap malam
Tak tergoyah oleh angin kencang
Ishtar, dewi cinta, meminyakinya dengan kasih sayang
Dan, nyanyian Apollo menjadi cahayanya.

Dia adalah manusia yang selalu bersendirian,
hidup serba sederhana dan berhati suci
Dia duduk di pangkuan alam mencari inspirasi ilham
Dan berjaga di keheningan malam,
Menantikan turunnya ruh

Dia adalah si tukang jahit yang menjahit benih hatinya di ladang kasih sayang
dan kemanusiaan menyuburkannya

Inilah penyair yang dipinggirkan oleh manusia
pada zamannya,
Dan hanya dikenali sesudah jasad ditinggalkan
Dunia pun mengucapkan selamat tinggal dan kembali ia pada Ilahi

Inilah penyair yang tak meminta apa-apa
dari manusia kecuali seulas senyuman
Inilah penyair yang penuh semangat dan memenuhi
cakerawala dengan kata-kata indah
Namun manusia tetap menafikan kewujudan keindahannya

Sampai bila manusia terus terlena?
Sampai bila manusia menyanjung penguasa yang
meraih kehebatan dgn mengambil kesempatan??
Sampai bila manusia mengabaikan mereka yang boleh memperlihatkan keindahan pada jiwa-jiwa mereka



Simbol cinta dan kedamaian?

Sampai bila manusia hanya akan menyanjung jasa org yang sudah tiada?
dan melupakan si hidup yg dikelilingi penderitaan
yang menghambakan hidup mereka seperti lilin menyala
bagi menunjukkan jalan yang benar bagi orang yang lupa

Dan oh para penyair,
Kalian adalah kehidupan dalam kehidupan ini:
Telah engkau tundukkan abad demi abad termasuk tirainya.

Penyair..
Suatu hari kau akan merajai hati-hati manusia
Dan, kerana itu kerajaanmu adalah abadi.

Penyair..periksalah mahkota berdurimu..kau akan menemui kelembutan di sebalik jambangan bunga-bunga Laurel…

TINTA AMAI
Mei 13, 2011

Menanti Esuk Fajar

Menanti esok fajar menyinsing..
Fajar esok,pasti tiba untuk kita,
membawa bersama penawar segala kerinduan,
untuk menyingkir segala kesunyian

Kesunyian..
Suatu anugerah pada sekeping hati yang kesepian.
Kesunyian..
Suatu ketabahan pada jiwa yang kelukaan
Kesunyian..
Suatu penyiksaan pada penantian kasih abadi.

Kiranya ada tercalar dihati,
kiranya ada tercalar di kata,
buat kenangan akhirnya,
sambutlah kasihku yang tulus, kerana aku amat menyintaimu.

Pada saat pengakhiran ini, terasa diri ini begitu terasing,
terasa diri ini terlalu sunyi,
ketika itu,
suaramu aku terdengar, membisikkan sayang
menyatakan cinta.

Aku pasrah dalam kesunyian mencari kasih abadi..
Kiranya kau hadir menyingkap kesunyian ini menjadi kasih,
akan kuberikan seluruh hidupku hanya padamu.

Dalam usia keremajaanku pernah kurasai kepahitan pada suatu kehilangan kasih dan cinta..
sehingga hatiku menemui kasih mu, cintaku kembali berbunga.

Kau mengubati kepahitanku musim lalu
kuhiburkan kesunyian musim lampau. Betapa diri mu amat berharga sebagai teman meranjau
oanak duri kehidupan ini

Bayangan semalam menghantui jiwakulagi,
Peristiwa sedekad lalu memburu harapanku.Walau terbentang lautan api aku tetap mengahrunginya
untuk hidup bersamamu.

Kasih moga dianugerahkan pada kita suatu harapan yang pasti. Seketika itu..limpahkan kasihmu 
padaku,curahkan sayangmu dijiwaku.

kasih,kupohon padamu..
Kuharap daripadamu..
Lontarkan aku..
Secebis harapan,
sekelumit kasih..
untuk kuubati kelukaan lalu

Kasih,sudikah kiranya kau hamparkan padaku saujana harapan untuk mengecapi setitis kebahagian,
walau..sepi tanpa berkasih.

TErpahat ingatan, berputaran beredar,perjalanan kehidupan,dicorak mencorakkan, kenangan teridah
pengalaman bersamamu,terbayang diingatan.

Pada kedewasann yang meniti,kulukiskanimpian,kuukirkan haluan,ketika itu terasa diriku 
kekosongan dalam pencarian hingga ku temui daripadamu erti kasih.

Kasih, ku abadikan kenangan, sejuta harapan bersamamu,dan..Biarlah aku mencari dan mencari..
Harapan yang tak pasti.

Kasih, dalam penantianmu,dalam harapan yang kusemai,pasti ada ujian dan hikmah,kerana Tuhan
Maha Mengetahui,kasih jiwa seorang insan.

Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana disebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya.BErsyukur
atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan

Kucoretkan padamu kata penyambung bicara.Maluku bagaikan berlipat di dalam lembaran itu,Bagaimana
nanti tawamu yang tidak pasti,memberi harapan atau khayalan.

Maafkan ku sayang.Memang mudah mengucapkan,aku menyedari. Percayalah,jika kau membenci bicaraku
kini,pasti rinduku tak terubat selamanya.

Ingin sekali aku berbisik padamu kasih, mengintai hari hari menjelang bersama sebuah ketulusan 
sebagai ingatan rinduku yang berpanjangan.

Hujan malam..seorang gadiss dibuai sepi. Didadanya ada luka. Dihatinya da sengsara.. di dihatiku
sebak menanggung rindu padamu yang jauh dimata

Aku megharapkan kasih kita bukan seperti dedaun itu yang kini gugur dan tersadai umpama
daun daun kering ditaman terasing.

Biarpun cuaca tak selalu cerah. Pelangi juga tak selalu indah. Namun bukanlah satu mimpi
andai mentari yang tenggelam, merah lagi diesok hari.

Cinta ..sebuah anugerah nukilan jiwa.Manis hadirnya pengubat lara.
Cinta.. adalah penyeri asyik disanubari, berpaut ditangkai hati.

Bulan tak selalu purnama. mentari takkan sentiasa menyinar.Mendung tak semestinya hujan andai 
cinta kita sekuat akar.


Cinta Kita ibarat api, membakar dedaun.Kau ibarat dedaun basah . aku ibarat dedaun kering..
Cinta kita pasti akan menyemarak.

Cinta sejati tanpa bersyarat,andai bersyarat reputlah ia.Cinta sejati tak pohon dibalas,kerana 
ia kekal sepanjang hayat.

Cinta sejati tak bertambah dengan kebaikan. Cinta sejati tak bertambah dengan kekayaan.
Cita sejati tak berkurang dengan keburukan.

Cinta sejati tak berkurang dengan kemiskinan.Cinta sejati tak pernah terancam. Cinta sejati
tak pernah curiga.

Cinta sejati pertimbangan adil.Cinta sejati mendidik anak berjiwa Nabi.Cinta sejati
semakin tua semakin sayang.
Tiap tiap malam kuterbayang wajahmu yang ayu dan manis.Bagiku.. lambaian suaramu diiringi dengan kesyahduan malam bermain digegendang telingaku.

Redup tatapanku adalah luahan kasih. Tajam renunganku adalah ucapan dendam.Jernih sinarku adalah kalimat harapan.

Merindu pada rembulan,impian mencari kepastian,biarpun dia masih menanti,menanti sebuah kebahagiansebuah kebahagian yang akan kau berikan.

Akukah yang engkau cinta? Engkaukah yang aku cinta?Bicaralah sepuas hatimu,bicaralah semahumu.
bicara cinta takkan berakhir disini. 

Tinta Amai  
April 14 ,2011

Pencarian

Pencarian itu
adalah sekelumit senyum
yang hilang dari matamu.
Dulunya sering ku lihat
ceria dan segar.

Kini...
Yang tertera,
adalah kebasahan,
lembab dan kusam.
Menghilangkan cahaya.

Ketika muncul mentari.
aku bertanya,
ke mana hilangnya
senyum di matamu?
Aku kah pembunuhnya? 

Tinta Amai  
April 12 2011


Myspace Comments

Sabtu, 27 Jun 2015

Ku Bermohon Syurga Diwajah Mu

Ku bermohon pada syurga di wajahMU,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang

 yg hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang Cinta Nafsu,
izinkanlah aku menyintai seseorang yg cintanya hanya untukMu 

agar aku mengerti tentang erti cinta yg ku dambakan selama ini..
& izinkanlah aku mengasihi seseorang yg kasihnya mengasihi kasihMu 

Pagar kasih kami kekal buat selama lamanya...

Tinta Amai
April 21 . 2011

Pencarian

Pencarian itu
adalah sekelumit senyum
yang hilang dari matamu.
Dulunya sering ku lihat
ceria dan segar.

Kini...
Yang tertera,
adalah kebasahan,
lembab dan kusam.
Menghilangkan cahaya.

Ketika muncul mentari.
aku bertanya,
ke mana hilangnya
senyum di matamu?
Aku kah pembunuhnya?


Tinta Amai
Dis 4, 2011

Unkapan Kata Seiring Luahan Hati

Ungkapan kata seiring luahan dihati,
disini hatiku berkata,
aku cinta padamu,
namun cinta kita ini cuma satu persinggahan sementara,
Kini,
cintaku telah menghilang,
kau pergi jauh meninggalkan diriku,
kau telah tinggalkan memori indah sewaktu ku bersamamu,
Benar,
ku mencintaimu hingga waktu ini,
akanku abadikan kenangan indah kita dalam nota harianku,
ku menganggapmu sebagai cinta terakhirku,
tiada lain yang ku mahu,
hanya bersamamu sekali lagi,
setelah cintaku menghilang….


-- 




  


.
 
__,_._,___

Jauh Indah

Jauh indah penuh erti
madah tersusun tersemat dihati
aku tampak terus mendekati¦
walaupun ini bukan pilihan disisi
aku pasrah menerima dugaan ini
selaku penyair  Malaikat telah memberi rahmat Illah
menolong ku untuk teguh berdiri
menarik jiwa ku untuk bertemu illahi
walaupun aku tahu, aku telah berada di atas api
tetap aku berdiri untuk memerangi
jiwa kau penyair jelas tampak berani
dengan kelembutan tulisan yang berbunga duri
menghunus lembut kehati lalu bersemadi
bersama illahi kau berada kini
izinkan aku untuk mendampingi
agar kita dapat menulis kembali
karya yang agung untuk illahi

Khamis, 4 Jun 2015

--> 
"May Allah's Love Stay In Our Hearts"    
1 Minute for Allah
Step 1:
Say with your heart and tongue:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MU HAMMAD
*WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN
Step 2:
Contemplate in their meaning sentence by sentence and word by word
Step 3:
Forward this email onto at least seven other people
Result 1:
Within hours you have caused a multitude of people to remember, praise and glorify The Almighty ALLAH
Result 2:
Within hours you have caused a multitude of people to Salute, pray for and glorify the Prophet ( P.B.U.H.)
Result 3:
Within hours at least seven people would have prayed for you with Angels saying AMEEN, INSHA'A'LLAH
NOW.......... Sit back and watch the power of ALLAH work in your life for doing the thing that you know HE loves.
^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,._.,-^-,..............................


Tinta Amai
24Jun 2006

Rabu, 3 Jun 2015

Usah Kenali Diri Ku

Usahlah kenali diriku,kerana sesungguhnya diriku ini mempunyai banyak kelemahannya.Tatapilah coretan-coretanku,bahan-bahan yang dikirim di sini,kelak andai ada ilmu di dalamnya,ambillah ia untuk dijadikan Pedoman Hidup ini.Sesungguhnya,itulah ilmu-ilmu-Nya.