Jumaat, 16 September 2016

Beginilah Aku

Beginilah aku...

jika kita mahu berkawan
aku tidak sehebat mana
aku tidak mampu memberimu bulan
atau bintang
aku tidak mampu memberimu mimpi gembira
aku tidak mampu menjadi mereka
aku tidak mampu bermanis kata-kata
kerana aku hanya satu 
beginilah aku

jika kita mahu berkawan
bukan perlu kita bergelak saja
bukan perlu kita berenang atau terbang merata
bukan kita harus mengilat gangsa 
sedang kau menangis aku juga terasa
kerana aku hanya satu 
beginilah aku

jika kita mahu berkawan 
saling menerima seadanya
saling mendengar
saling bercerita
saling mengadu
saling meratap 
saling menghiba
saling setia
jika lain yang kau mahu
tidak perlulah kau temui aku
kerana aku hanya satu 
beginilah aku



Wahai Hati

Wahai Hati

Payah...
Payah sungguh alam percintaan..
Bila tercabar kesetiaan,
Bila kejujuran hanyalah mainan,
Bila kepercayaan cuma senda gurauan

Susah...
Teramat susah untuk kulontarkan kata-kata,
Bila sedih hati menyiksa,
Bila impian musnah disenjakala,
Bila mimpi akhirnya palsu belaka,

Kecewa...
Bila diri tak dihargai,
Bila sayang tak dipeduli.
Bila kasih berlalu pergi,
Bila cinta tak bertaut kembali..

Wahai hati...
Jangan lah kau bersedih sayang..
Percayalah cinta itu pasti datang..
Walau tanpa diundang..
Walau tanpa dirancang..

Wahai hati..
Sejukkan lah apa yang bergelodak..
Dinginkan lah apa yang berkocak..
Bekukan lah marah yang memuncak..
Jernihkan bila ada yang berkeladak..

Hati yang sayu...
Percayalah cintamu tak pernah layu..
Cinta itu sentiasa berputik dihatimu..
Dan janganlah kau merasa pilu..
Sesungguhnya ini ujian Allah buatmu..