Isnin, 19 Oktober 2015

Tahu

Aku tahu
betapa sulit
memilih
antara kata-kata
dan segenggam rasa
Aku tahu
betapa rumitnya
menghakim
antara sekian salahmu
dan beberapa dosaku
Kita kembalilah pada keadaan
dan kita bercerita tentang kepayahan
betapa
antara seribu kata
yang terasa didustakan
atau sebuah kejujuran
yang dipagari kesangsian
Kau juga tak mungkin memilih
semua pilihan
bagai aku
yang tak mungkin mengota
segala yang kukatakan
namun
dihujung keresahan nanti
kita harus kembali memahami
dan kau tak perlu salahkan
diriku lagi.

Isnin, 5 Oktober 2015


Kalam ku Buat Kekasih

Wahai kekasihku
Ku tuju kalam ini untuk-MU
Agar aku boleh melepaskan rindu
Rindu yang tiada penghujungnya

Cinta dan pengabdianku
Hanya untuk-MU
Agar hatiku sentiasa dekat disisi-MU

Wahai kekasihku
Ku mohon keampunan nama-MU
Seandainya aku lupa menyebut nama-MU
Seandainya aku langgar perintah-MU
Janganlah ENGKAU biarkan aku hanyut
Hanyut bersama arus noda dan dosa
Janganlah ENGKAU tenggelamkan aku
Bersama nakhoda kemaksiatan dan kehinaan
Pimpinlah aku bersama hamba-hamba-MU yang soleh
Tunjukilah aku jalan kebenaran
Bersama taufik dan hidayah-MU
Agar aku sentiasa menjadi kekasih-MU

Wahai kekasihku
Dengan kalam ini aku mengukir kata
Agar menjadi pedoman insan sejagat
Bukan balasan dan pujian ku pinta
Hanya kerana kasihku pada-MU
Kalam ini berbicara

Amai
11hb Mac 2012

Aku padamu jika kau pada-NYA


  • Aku padamu jika kau pada-NYA
    Jika kau tak pada-NYA, maka tak mudah bagiku padamu
    Jika kau ingin aku padamu maka mendekatlah padaNYA
    Bukan mendekat langsung padaku
    Karena DIA lah yang memegang hatiku.
    Aku mungkin bisa tanpa kau
    Tapi aku tak bisa tanpaNYA.
    Aku, kau, dan NYA
    Bukan rupa yang kan membuatku padamu
    Bukan harta yang kan membuatku silau padamu
    Bukan pula tahta yang kulihat darimu
    Rupa kan layu seiring bertambahnya usia
    Harta bisa habis bila bila saja
    Tahta bukanlah segalanya
    Aku padamu jika kau dapat membuatku dekat denganNYA
    Aku padamu, yang dengan memandangmu membuatku ingat padaNYA
    Aku kan melihatmu karenaNYA
    Jika DIA ada dalam hatimu, maka aku padamu
    If I could see GOD in you, I’m to you

    Amai
    12hb Mac 2012

Rindu Malam

Tenggelam suria terbit rembulan
sayu malam berkawan bintang
harap dipagar sempadan keruan
biar rindu rebah terhalang

Kala embun titik setitis
beradu berkalih lemas terpaksa
gusar jiwa berniat nangis
apalah saya kesayangan tiada

Rintik hujan bayangi awan
cukup sudah menahan perasaan
gelora lara puncak rinduan
apakah hadir kasih didambakan?

Kokok jantan padam lamunan
namun rindu dalam tertanam
bangkit diri kerjakan suruhan 
mohon ampun pada Mu Tuhan

Amai
13hb Mar 2012



Sebaris ayat di papan kenyataan


Sebaris ayat di papan kenyataan
memaklumkan kita
yang dicari belum ditemui
yang hilang tiada ganti.

Sebaris ayat di papan kenyataan
mengingatkan kita
payahnya mengutip butir permata
antara serpihan kaca
sukarnya membeza rupa y
yang berkilat hanya sementara.

Sebaris ayat di papan kenyataan
acapkali melalaikan kita
yang dibaca luput di ingatan
yang disimpan tercicir di jalanan.

Amai
2012

Khamis, 1 Oktober 2015

   
  
  CERMIN DIRI   
  Kepada Semua……
Yang tak pernah bersuara
tidak bererti dangkal ilmunya
seperti ubi,diam-diam berisi
  Yang mahir berkata-kata
tidak semesti tinggi ilmunya
seperti gendang kosong,
sana-sini boleh kelentong
  Yang tahu membezakan
antara kaca dengan intan
dialah yang layak digelar siswazah
walau tiada kelulusan ijazah
  Yang hanyut di arus puji
hanya tampil kerana nama
sering terbawa resmi ayam bertelur sebiji,
riuh sekampung
  Yang sedar pada kebenaran
tidak mengharap sebarang sanjungan
malah meniru resmi penyu
telur beratus,tidak gembar-gembur
  Yang hanya tahu mengeji
sebenarnya iri hati
atau mungkin terlupa akan kekurangan diri
  Yang gemar memberi nasihat
perangai sendiri masih berkarat,
Lihat ke dalam Cermin Diri
usah menjadi Lebai Ketayap!
Dan yang sentiasa bersikap sinis
menganggap ora ng lain pula hipokrit
sudahkah meninjau diri sendiri
Yang nyata,kita semua sama, tiada yang sempurna!

  
  
   Wassalam



Amai
23hb Jun2006
 
Di atas hamparan ini
Kulafazkan
Solatku      
Ibadahku
Hidupku  
Matiku
Hanya untuk ALLAH sekalian alam
 
Di hamparan ini
Aku rukuk
Aku sujud
Menyembah ALLAH yang MAHA ESA
 
Di hamparan ini
Kulepaskan segala resah
Kuluahkan segala kesah
Ku mengadu segala  masalah
Hanya padaMu ya ALLAH
 
Di hamparan ini
Ku panjatkan kesyukuran
Kupohonkan keselamatan
Kudambakan ketenangan dan kebahagiaan
 
Di hamparan ini jua
Moga kan menjadi saksi
Pada hari yang kekal dan abadi.


Tinta Amai
11 hb Jun 2006