Sabtu, 12 Mac 2016

Allah is Greater


LIFE IS VERY PRECIOUS

LIFE IS VERY PRECIOUS

Life is very precious, do not let it drift away. There is much that must be done, every minute of each day. A single moment wasted is a great chance lost. Nothing can be brought back, not at any cost. Why have eyes that do not see, ears that do not hear? Hands that cannot help, or a heart that cannot cheer? These are useful assets, with a purpose behind them all, they have a duty to perform, respond to every call. Most important is a loving heart, that can intensely feel. There is nothing so terrible on this earth, that love cannot heal. Why pretend not to have the time for someone in distress?

Each and every human being must always do his or her duty. Only then can he or she lay claim to be a part of humanity. For, before realization dawns, it will be time to go. And then, when his body is gone, what will be there to show? Not wealth, position, name or fame, but only good deeds, to live on in the hearts of  many.


Warmest regrads

Amai
Mar 5, 2008





Khamis, 3 Mac 2016

Cinta

C.I.N.T.A
Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA

Sahabat


Ketika sahabat menjadi seteru, ketika sahabat meninggalkan kita, ketika sahabat semakin menjauh…sedarlah itu adalah satu proses menuju kematangan

21  April 2008

Ketika Ianya Dan Fikirkan Dulu

Ketika kau rasa inginkan aku kembali… ingatlah…kau yang membiarkan aku pergi dulu…
Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.
Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.
Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.  
Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.
 Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.
Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian…

21 April 2008

Rabu, 2 Mac 2016

Kalam Ku Buat Kekasih

Wahai kekasihku
Ku tuju kalam ini untuk-MU
Agar aku boleh melepaskan rindu
Rindu yang tiada penghujungnya

Cinta dan pengabdianku
Hanya untuk-MU
Agar hatiku sentiasa dekat disisi-MU

Wahai kekasihku
Ku mohon keampunan nama-MU
Seandainya aku lupa menyebut nama-MU
Seandainya aku langgar perintah-MU
Janganlah ENGKAU biarkan aku hanyut
Hanyut bersama arus noda dan dosa
Janganlah ENGKAU tenggelamkan aku
Bersama nakhoda kemaksiatan dan kehinaan
Pimpinlah aku bersama hamba-hamba-MU yang soleh
Tunjukilah aku jalan kebenaran
Bersama taufik dan hidayah-MU
Agar aku sentiasa menjadi kekasih-MU

Wahai kekasihku
Dengan kalam ini aku mengukir kata
Agar menjadi pedoman insan sejagat
Bukan balasan dan pujian ku pinta
Hanya kerana kasihku pada-MU
Kalam ini berbicara


March 11 2009

Doa Ku

Tuhanku,
aku terlalu lelah
menghampakan keinginan
dan takdirku,
benarkah aku ditentukan begini
dengan kebijaksanan
akalkah yang memandu hidup
atau keinginanku
yang tidak berhujung
baik itu dari-Mu
buruk itu kerana aku.

Tuhanku,
aku mohon
rahmat rahim-Mu

Bagai ghairah qais pada malam
memeluk cinta-Mu
di sejadah tanpa hijab
bagai uwais
dikenal di langit

Tuhanku,
aku mohon cinta-Mu

13 Mac 2009

Kemilau Pelita Lampu

Kemilau Cahaya yang bersamar
dalam teratak ini adalah warisan
adalah milik pelita lampau
membening di kala zulmat malam
membungkus kesunyian.

Sebuah pelita meliuk lentok
membakar sejarah lama
sumbunya ditarik panjang
minyaknya dibumbui penuh
biar ia menyala saban hari.

Jenuh diri ini mengepung jelaganya
penat lelah diri ini mengampu angin
dari menjilat hayatnya
kerana diri ini anak teratak warisan
masih perlukan sebuah pelita lampau
menerangi jiwa membakar semangat
bahawasnya di tanah tumpahan ini darah
seribu kali terangnya cahaya lampu
tidakkan sama dengan sebuah pelita lampau
yang tetap tersemat di nubari.

 
13 Mac 2009